22 Jul 2012

Saatnya Tiba

Saatnya tiba jua...
Waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam...
Akhirnya kita masih diberi kesempatan untuk merasai bulan yang penuh dengan keberkatan ini...
Allah izinkan kita merasai nikmat berpuasa lagi...
Alhamdulillah.......
Bagi rakan-rakan serta seluruh umat Islam ana ucapkan Selamat Berpuasa...
Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna buat kita..
Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki amal kita..
Bila puasa besar nafsu makan tau..
Biasalah Lumrah manusia...
emm...itu sedap...ini sedap...
Tapi ingat boleh makan tapi ingat untuk berjimat....=)
Yang seronoknya kita ada aktiviti khas kalau tiba bulan Ramadhan...iaitu solat tarawih..
Seronok tengok...ramai datang berjemaah...
Apapun..semoga Ramadhan kali ini akan mengukir senyuman dalam diri kita...






15 Jul 2012

Harga Sebuah Persahabatan


Sahabat...untuk selamanya.....
Itulah nilai sebuah persahabatan...
ana sayang sahabat-sahabat ana......
Bersyukur sangat kepada Allah kerana ana dihadirkan dengan sahabat-sahabat yang sangat baik..
Mereka banyak tolong ana......Semoga atum semua dirahmati Allah...
Bunga nie khas buat sahabat-sahabat ana....
















Nie ana ada sertakan juga tip dalam bersahabat.....selamat membaca....=)

CIRI-CIRI SAHABAT MENURUT IMAM AL-GHAZALI

“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu

2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu

3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik

4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu

5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.

7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu , dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya

9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahan kamu

10. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk atau maksiat.

12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu

13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu

14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.


Tak sia-sia kita amalkan ilmu nie tau......

Insya'Allah...semoga atum akan mendapat sahabat yang baik juga......

Tapi ingat.....jika ada sahabat kita yang ada masalah .....

Jangan pulak kita jauhi mereka......
Tapi kita mesti BANTU mereka......
Sebagai satu dakwah buat diri kita dan agama kita....=)

9 Jul 2012

S.A.B.A.R......sabar..

Cantikkan kan bunga ros nie?
Memang cantik pun..=)
Begitu juga nilai kesabaran...
S.a.b.a.r....sabar....
Kesabaran mengukir seribu kecantikkan dalam diri kita...
Nak tanam bunga ros nie senang je...janji betul caranya...
Emm...Kalau sabar macam mana nak tanam kan?
Sebab tu lah adanya susah senang dalam kehidupan...
Ada pahit manisnya...ada suka dukanya....ada suram tawanya...itu semua adalah ujian buat kita...
Kita perlu ingat bahawa Allah sentiasa akan menguji hamba-hambanya....kerana Allah sayangkan hamba-hambanya...
إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِيْنَ
"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"...Ingat ayat ni tau...
Jadi perkara itulah yang akan melatih kita untuk menanam nilai kesabaran dalam diri kita..
Memang susah...tapi kita boleh berusaha...Insya'Allah kita pasti boleh....
Dengan bersabar banyak kelebihan kita dapat tau...
Pertama kita akan mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.Kedua sabar akan melapangkan hati...
Segala urusan dunia dan akhirat Insya'Allah akan menjadi mudah.
Dan seterusnya kita akan mendapat berkat daripada Allah S.W.T.

Seronokkan...
Memang tak rugi pun kalau kita bersabar...
Jadi..
mulai hari nie kita sama-sama berlatih untuk jadi orang yang sabar.......




8 Jul 2012

Ukhwah Fillah 080712



Hari nie kami ada rehlah....di tepi pantai yang sangat indah...

Rehlah yang mengukir seribu kenangan ...

Dapat beriadah bersama....

Di samping tu dapat juga keseronokkan...

Dapat ketenangan.....

Dapat sedikit pengisian hati...

Yang penting ukhwah antara kami semua...

Antara rakan kelas,senior,junior,pensyarah.....

Terima Kasih Ya Allah..

Kau beri hamba peluang dan kesempatan bersama mereka...

Bagi kawan-kawan yang belum pernah ikut rehlah....

Jangan sedih...=)..
Nanti kita buat lagi....Insya'Allah...

7 Jul 2012

Ramadhan diHatiku

Hurry...tak lama lagi nak raya....
Nak Baju baru..Kasut baru...Tudung baru...
Seluar baru...tali pinggang baru....songkok  baru..
Semua nak baru...
Betul lah tu....=)
Itulah Lumrah kehidupan manusia..
Belum lagi puasa dah ingat nak Raya....ish2...
Tiada masalah kalau nak semua baru....
Bagi yang mampu apa salahnya kan...
Janji kita tahu erti syukur....
Alhamdulillah,itu juga rezeki dari Allah buat kita...
Tapi..............
Pernahkah kita terfikir nak buka lembaran baru...
Buku baru dah ada..cuma lembaran lama tu penuh dengan kemaksiatan dan dosa..
Jadi, kita nak ubah semua itu..
Ayuh!!!!!!!!! Bermula sekarang...
Kita bangkit..kita corakkan semula lembaran baru kita dengan lakaran keimanan...
Kita mohon padaNya semoga diberi kesempatan untuk kita menemui jalan yang benar di bulan yang bakal tiba nanti..
Semoga kita nampak kembali cahaya yang dahulunya hilang..
Jika dahulu kita banyak buat silap ...maka bertaubatlah..
Jika dahulu kita banyak buat maksiat..maka bertaubatlah..
Jika dahulu kita sering terleka...maka bertaubatlah..
Insya'Allah...Allah Maha Pengasih Maha Penyayang..
Kasih Allah melebihi segala-galanya..
Semoga kita sama-sama mendapat pentunjuk dan rahmatnya...
Semoga kita mampu tersenyum disaat Ramadhan tiba..



Qurratu'Ain

Hati sedang Resah...
Mata sedang sayu...
Lidahku seperti sedang kaku..
Bibir sedang kering...
Fikiran jadi celaru...Kemana hendak dituju???
Dimana hendak ku cari Qurratu'Ain???
Sesuatu yang boleh membuatku tersenyum
Sesuatu yang membuatkan aku merasa tenang
Sesuatu yang membuat aku terus bersemangat
Sesuatu yang membuat aku Ingat kepadaNya....
Maka .....
SOLATLAH 
Sabda Rasulullah s.a.w. :
وَجُعِلَتْ قُرَّةُ عَيْنِى فِى الصَّلاَة
“Dijadikan penyejuk mataku di dalam solat.” (Riwayat Ahmad dan An-Nasaai)

 Maka Perhatikanlah Alam CiptaanNya
Yang menjadi bukti kebesaranNya...
YAng pasti membuatmu tenang dan tenteram....


Maka Perbanyakkanlah membaca kalamNya
Yang Menjadi kunci kepada segala Persoalan...

Insya'Allah segalanya akan membuat engkau lega..
Kerana Qurratul ainmu ada dalam dirimu....


6 Jul 2012

Cinta

CINTA....
Apa sebenarnya cinta????
Ramai yang terlena dengan kalimah CINTA...
Namun cinta yang sebenar adalah cinta yang berlandaskan kepada syariat..
Cinta  yang sebenar adalah cinta yang boleh membuat kita merasa bahagia..
Cinta yang sebenar adalah cinta yang tidak membuat kita terus terleka..
Cinta yang sebenar akan membawa kita kesyurga..
Yakinlah...
Ayuh..kita kejar yang satu..
Cinta yang membawa kita kepada seribu cinta yang lain..



Ianya adalah CINTA KEPADA ALLAH..

4 Jul 2012

3 Julai 2012

Detik paling indah buat aku pada malam itu...
Seperti tidak aku percaya...
Saat itu aku sudah pun berusia 21 tahun..
Tanpa aku sangka, ada kejutan daripada sahabat-sahabatku..
Disaat aku membuka pintu bilik...suasana gelap....
Aku seakan terpinga-pinga...
"Happy Birthday to You....Happy Birtday to you..."
Itulah lagu yang kedengaran ditelingaku..
Aku terlihat kek coklat dengan cahaya lilin yang bersinar...
Seakan-akan tidak percaya...
Itulah kenangan 03072012 buat aku...
Alhamdulillah...Itulah rezeki daripadaNya....
Terima kasih buat sahabat semua..atas segala-galanya..
Tiada apa yang mampu aku hulurkan selain doa buat kalian semua..
Semoga Allah merahmati kamu...
Apa yang penting adalah nilai sebuah persahabatan..
Persahabatan yang ikhlas keranaNya..Insya'Allah akan terus berkekalan...
Didunia dan Akhirat....
Andai aku pergi dahulu dari kamu semua...
Ku mohon maaf atas segala kesilapan.....
Semoga suatu ketika kita dapat bertemu kembali..
dan memori antara kita akan terus tersemat dalam diri ini...
Ana sayang atum semua....Ana sayang atum semua...Ana sayang atum semua...