28 Jun 2013

Cinta Ilmu


Assalamualaikum semua...
Diharap semua sahabat2 diluar sana sihat sentiasa..
Malam ini sepatutnya saya pergi majlis ilmu ustaz saya..
Tapi saya tak sempat nak pergi....Terasa rugi sangat....
Apapun. ...Alhamdulillah...
Saya masih dapat apa yang saya inginkan..=)
Sebab sahabat saya ada kongsi sesuatu dari majlis ilmu tadi...
Jadi , sekarang saya pula nak kongsi dengan kamu semua..
Iaitu kisah tentang Imam Nawawi....
Nama sebenar beliau ialah Yahya bin Sharaf bin Muri bin Hasan bin Husin bin Muhammad bin Jum’at bin Hizam anNawawiy.
Beliau  Lahir pada pertengahan Muharram 631H di Nawa, pinggir Damsyiq, Syria.
Sebab tu lah beliau digelar dengan Nawawi,diambil sempena nama tempat kelahiran beliau ...
Ini pula kisah hidup beliau...
Ketika umur  beliau 7 tahun, di malam 27 Ramadhan, bapa Imam Nawawi pernah menceritakan: ‘Beliau tidur di sisiku. Ia terjaga pada pertengahan malam dan mengejutkan aku. Ia berkata: ‘Wahai bapaku! Apakah cahaya yang memenuhi rumah ini? Beliau mengejutkan semua penghuni rumah. Kami tidak melihat apa-apa. Aku tahu bahawa malam itu ialah malam Qadar.’
Ketika umurnya 10 tahun, beliau sudahkan mula hafaz Al-Quran..Betapa beliau cintakan ilmu..
Tapi kita nie??? Nak hafal Surah lazim pun susah...
Mesti ada yang tertanya2 kan....emm...
“Iman Nawawi  xnak main ke, tak kan lah nak baca Al-Quran je?”
=)...hehehe...sebenarnya beliau pun ada keinginan nak bermain  mcam budak 2 yang lain..
Tapi, beliau dipulau oleh kawan2..... jadi beliau pun mngadu dengan bapanya..
Ayah beliau cakap..’ xpayahlah  kau main,fokus je dgan apa kau belajar sekarang”
Oleh kerana beliau ni sangat taat dengan ibu bapa, jadi beliau ikut je apa bapanya  cakap....
Tapi kita ni????...ish2...satu bapa cakap ...10 kita jawab...
Sikap ini lah sebenarnya kita patut ubah teman2......
Bukan bermaksud kita mesti terima bulat2 apa yang ibu bapa kita cakap..
Tapi..Kita perlu ingat.....
Selagi mana apa yang ibu bapa katakan itu tidak bercanggah dengan syariat, maka kita perlu taat kepada mereka..

Pada tahun 649 H, pada usia 19 tahun, an-Nawawi dibawa oleh ayahnya ke Damsyik dalam rangka melanjutkan pelajarannya di Madrasah Dar al-Hadits.
Imam Nawawi menumpukan seluruh masa dan kesungguhannya untuk menuntut ilmu.

Setiap hari, beliau menghadiri dua belas pengajian dengan guru berbeza dan di tempat yang jauh.
SubhanaAllah....Betapa teguhnya hati ulama ini...

Kalau kita nak nilai diri kita ini terlalu jauh bezanya...........
Kadang2 ada diantara kita, emak suruh mengaji kat rumah jiran sebelah pun payah sangat....
apa lagi nak berjalan berbatu jauhnya untuk menuntut ilmu...
Sama2 kita fikirkan....

Antara sifat lain yang menarik yang ada pada Imam Nawawi ialah beliau sangat menjaga sumber makanannya.
Beliau hanya makan makanan yang pasti kehalalannya..yang syhubhah beliau tak ambil..
Emm...kita ni macam mana pula??? Mungkin semua boleh faham kan...

Untuk pengetahuan semua...
Imam Nawawi  juga terkenal dengan sifat zuhudnya....
Zuhud beliau hidup bersahaja dan mengekang diri sekuat tenaga dari kongkongan hawa nafsu.
Beliau mengurangi makan, sederhana di dalam berpakaian dan bahkan tidak sempat untuk menikah.
Kenikmatan di dalam menuntut ilmu seakan membuat dirinya lupa dengan semua kenikmatan itu. Beliau seakan sudah mendapatkan gantinya.
Zuhud akan hadir dalam diri kita, apabila kita merasakan apa yang kita ada itu adalah milik Allah...
Semoga kita juga boleh berusaha untuk menjadi hamba yang zuhud...In Shaa Allah..
Selain itu beliau juga merupakan salah seorang penasihat kerajaan yang tidak mempunyai gaji serta pangkat sekalipun...
Cuba kita renung sebentar hadis dibawah :
 “Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya”
Emm..apa yang nak dikongsikan dari hadis itu adalah Iman Nawawi tiada anak untuk mendoakan beliau, tiada harta untuk nak bersedekah,,,
Tapi..beliau ada ilmu yang dimanfaatkan & sehingga sekarang manusia gunakan....
Baiklah teman2..rasanya setakat ini dulu perkongsian kita malam ini..
Semoga teman2 akan dapat sesuatu dari apa yang disampaikan....

Assalamualaikum....=)