9 Okt 2012

Ukhwah indah jika keranaNya





"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya (sahabatnya) didalam doanya..." {IMAM AL-GHAZALI)

"Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran ALLAH... Jika hari ini aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta... Jika aku lemah tidak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga... Jika aku sedang marah,lembutkan hatiku dengan kekuatan Sabar....Jika aku terus terleka ,ingatlah aku dengan kemurkaaNya.....Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera... Jika pernah hatimu terluka, luahkan agar aku berubah menjadi lebih baik... Jika esok aku terlena tanpa jaga, iringilah doamu dengan Al-Fatihah. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita untuk selamanya dan maafkanlah segala kesalahan dosaku terhadapmu kerana itu kunci utama untukku ke Syurga...Semoga suatu ketika kita boleh kembali bersua"

"Kerana IMAN! Kita berukhwah umpama seindah taman disyurga...Kerana ISLAM! Kita berukhwah umpama sekuat roh berpadu...Kerana AKHIRAT! Kita berukhwah demi Syurga yang dirindui itu...Kerana ALLAH SWT! Sebenarnya kita tetap berukhwah untuk melamar redha dariNya..."


-Salam Ukhwah buat Semua-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan