Assalamualaikum semua...
Diharap semua sahabat2 diluar sana sihat sentiasa..
Malam ini sepatutnya saya pergi majlis ilmu ustaz saya..
Tapi saya tak sempat nak pergi....Terasa rugi sangat....
Apapun. ...Alhamdulillah...
Saya masih dapat apa yang saya inginkan..=)
Sebab sahabat saya ada kongsi sesuatu dari majlis ilmu
tadi...
Jadi , sekarang saya pula nak kongsi dengan kamu semua..
Iaitu kisah tentang Imam Nawawi....
Nama sebenar beliau ialah Yahya bin Sharaf bin Muri bin
Hasan bin Husin bin Muhammad bin Jum’at bin Hizam anNawawiy.
Beliau Lahir pada pertengahan
Muharram 631H di Nawa, pinggir Damsyiq, Syria.
Sebab tu lah beliau digelar dengan Nawawi,diambil sempena
nama tempat kelahiran beliau ...
Ini pula kisah hidup beliau...
Ketika umur beliau 7
tahun, di malam 27 Ramadhan, bapa Imam Nawawi pernah menceritakan: ‘Beliau
tidur di sisiku. Ia terjaga pada pertengahan malam dan mengejutkan aku. Ia
berkata: ‘Wahai bapaku! Apakah cahaya yang memenuhi rumah ini? Beliau
mengejutkan semua penghuni rumah. Kami tidak melihat apa-apa. Aku tahu bahawa
malam itu ialah malam Qadar.’
Ketika umurnya 10 tahun, beliau sudahkan mula hafaz
Al-Quran..Betapa beliau cintakan ilmu..
Tapi kita nie??? Nak hafal Surah lazim pun susah...
Mesti ada yang tertanya2 kan....emm...
“Iman Nawawi xnak
main ke, tak kan lah nak baca Al-Quran je?”
=)...hehehe...sebenarnya beliau pun ada keinginan nak
bermain mcam budak 2 yang lain..
Tapi, beliau dipulau oleh kawan2..... jadi beliau pun mngadu
dengan bapanya..
Ayah beliau cakap..’ xpayahlah kau main,fokus je dgan apa kau belajar
sekarang”
Oleh kerana beliau ni sangat taat dengan ibu bapa, jadi beliau
ikut je apa bapanya cakap....
Tapi kita ni????...ish2...satu bapa cakap ...10 kita
jawab...
Sikap ini lah sebenarnya kita patut ubah teman2......
Bukan bermaksud kita mesti terima bulat2 apa yang ibu bapa
kita cakap..
Tapi..Kita perlu ingat.....
Selagi mana apa yang
ibu bapa katakan itu tidak bercanggah dengan syariat, maka kita perlu taat
kepada mereka..
Pada tahun 649 H, pada
usia 19 tahun, an-Nawawi dibawa oleh ayahnya ke Damsyik dalam rangka
melanjutkan pelajarannya di Madrasah Dar al-Hadits.
Imam Nawawi menumpukan
seluruh masa dan kesungguhannya untuk menuntut ilmu.
Setiap hari, beliau
menghadiri dua belas pengajian dengan guru berbeza dan di tempat yang jauh.
SubhanaAllah....Betapa
teguhnya hati ulama ini...
Kalau kita nak nilai
diri kita ini terlalu jauh bezanya...........
Kadang2 ada diantara
kita, emak suruh mengaji kat rumah jiran sebelah pun payah sangat....
apa lagi nak berjalan
berbatu jauhnya untuk menuntut ilmu...
Sama2 kita
fikirkan....
Antara sifat lain yang
menarik yang ada pada Imam Nawawi ialah beliau sangat menjaga sumber
makanannya.
Beliau hanya makan makanan
yang pasti kehalalannya..yang syhubhah beliau tak ambil..
Emm...kita ni macam
mana pula??? Mungkin semua boleh faham kan...
Untuk pengetahuan
semua...
Imam Nawawi juga terkenal
dengan sifat zuhudnya....
Zuhud beliau hidup bersahaja dan mengekang diri sekuat
tenaga dari kongkongan hawa nafsu.
Beliau mengurangi makan, sederhana di dalam berpakaian dan
bahkan tidak sempat untuk menikah.
Kenikmatan di dalam menuntut ilmu seakan membuat dirinya
lupa dengan semua kenikmatan itu. Beliau seakan sudah mendapatkan gantinya.
Zuhud akan hadir dalam diri kita, apabila kita merasakan apa
yang kita ada itu adalah milik Allah...
Semoga kita juga boleh berusaha untuk menjadi hamba yang
zuhud...In Shaa Allah..
Selain itu beliau juga merupakan salah seorang penasihat
kerajaan yang tidak mempunyai gaji serta pangkat sekalipun...
Cuba kita renung sebentar hadis dibawah :
“Daripada Abu
Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal
dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah,
ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya”
Emm..apa yang nak dikongsikan dari hadis itu adalah Iman
Nawawi tiada anak untuk mendoakan beliau, tiada harta untuk nak bersedekah,,,
Tapi..beliau ada ilmu yang dimanfaatkan & sehingga
sekarang manusia gunakan....
Baiklah teman2..rasanya setakat ini dulu perkongsian kita
malam ini..
Semoga teman2 akan dapat sesuatu dari apa yang
disampaikan....
Assalamualaikum....=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan