23 Feb 2013

Perkongsian Hari Ini


Assalamualaikum teman2 semua….
Apa khabar hari ini?
Semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam….=)
Hari ini saya nak kongsi sesuatu buat semua..
Sesuatu yang memberi makna dalam diri kita untuk mengetahuinya..
Ilmu nie saya dapat time dengar pengisian di Pustaka hari tu..
Pengisian ilmu daripada Ustaz  Abdul Hafiz  pada 17/2/2013 yang lalu..
Beliau berkongsi mengenai sihir..
Bila sebut sihir…ia menjadi sesuatu yang tidak asing untuk kita dengar..
Terlalu banyak kes yang melibatkan sihir..
Kita lihat dunia hari,apabila hidup dengan timbul rasa benci..
Sehingga ada yang sanggup menyakitkan orang lain dengan cara yang senyap…iaitu dengan menggunakan sihir..
“Berbaloikah apa yang kita buat itu ? Sedangkan Allah Maha Mengetahui apa yang kita buat…Adakah kita merasa bebas selepas menyiksa orang lain? Sedangkan siksa Allah sentiasa menanti kita..”
Maka fikirkanlah sejenak…….
Dibawah nie saya sertakan sedikit nota yang saya dapat hari tu..harap bermanfaat buat rakan2 juga
Sihir
Definisi : Menampakkan kebatilan daripada kebenaran
Cara tukang sihir mendatangkan sihir :
·        Sumpah
·        Penyembelihan
·        Menerusi ayat Al-Quran terbalik
·        Menerusi tapak tangan
·        Menerusi apa yang pernah dipakai
Cara mengenali tukang sihir :
·        Menanyakan nama kita dan nama ibu
·        Memberi azimat tertentu
·        Membaca jampi serapah
·        Menggunakan kain 4 segi yang didalamnya ada tulisan
·        Menyuruh pesakit memencilkan diri
9 jenis Sihir :
·        Sihir Pemisah
·        Sihir Pengasih
·        Sihir Pukauan
·        Sihir gila & sasau
·        Sihir Pelemah
·        Histeria
·        Sihir penderitaan
·        Sihir Pendarahan
·        Sihir menggagalkan perkahwinan

Cara Jin Masuk :
·        Terlalu marah
·        Terlalu takut
·        Nafsu syahwat yang sangat tinggi
·        Lalai
·        Jahil

Tanda-tanda gangguan :
Tidur
·        Susah tidur malam kecuali bersusah payah
·        Mudah terjaga malam dalam keadaan takut
·        Mimpi melihat sesuatu yang menakutkan
·        Mimpi melihat binatang seperti ular,tikus
·        Bunyi gigi bergesel
·        Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi
·        Mimpi tempat yang sunyi
·        Mimpi budak kecil dan menyusukan dia
·        Mimpi benda tajam
Terjaga
·        Lalai
·        Gila
·        Lesu dan lemah
·        Rasa sakit dibahagian tulang belakang
·        Lenguh sendi2
·        Melihat sesuatu yang pelik
·        Sering pening
·        Mudah panik
·        Panas baran

Baiklah rakan2 …setakat ini sahaja dapat saya kongsikan hari ini..Apapun saya mohon maaf jika ada kesilapan..Bagi yang ada mengalami simpton2 sebegini pergilah berubat dengan segera..tapi ingat , berubat dengan cara Islam..bukan berjumpa bomoh atau pawang…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan