13 Feb 2013

Aku Berubah kerana Allah


Assalamualaikum kawan2 semua....
Selamat pagi..semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Semoga hati2 ini lebih terisi dengan perkara yang lebih bermanfaat..
Hari ini nak kongsi sesuatu lagi..
tentang 'TUDUNG'..........
emm...tudung saji ,tudung botol,tudung bakul..
semuanya bukan...tapi nak berkongsi tentang tudung di kepala....
Wajib kah  pakai tudung???
semestinya TIDAK.....
Emm...Mengapa plak?
=)...sebab pakai tudung memang tak wajib..
Yang WAJIB  hanyalah adalah menudung atau menutup bahagian kepala suapaya orang bukan ajnabi x boleh lihat...
jadi, nak pakai apa pun boleh..
pakai kotak,pakai baldi,pakai plastik..semuanya terpulang pada kita..
hehehehe...mahukah kamu pakai itu semua itu....
Jawapan kamu pasti tak nak kan..sebab malu .....
saya pun malu nak pakai tu semua...=)
sebab itu lah agama kita sangat indah..
Dia tahu kita malu..
jadi Allah aturkan kita dengan satu cara yang mudah utuk menutup aurat dibahagian kepala dengan memakai kain tudung...

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
Maksudnya: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman agar mereka menjaga pandangannya, menjaga kemaluannya, dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung-tudung mereka ke atas bahagian dada mereka....... ” (surah Al-Nuur: 31).

kan lebih senang..
Tapi sayangkan..dah ada cara terbaik pun manusia sukar nak ikut....
Sangat menyedihkan...
Kerana apa?
Kerana masa ini kita lebih melihat dunia FESYEN lebih dari tuntutan AGAMA...
Cuba kita renungan bersama gambar nie...wajah wanita yang bertudung...







Kenal kan wajah2 nie...Tipulah kalau tak kenal...
subhanaAllah..cantik kan mereka2 nie..
Sejenak kita berfikir..
Adakah aku dalam golongan ini???
Hari ini saya seru diri saya dan kawan2 semua..
Ayuh kita cuba berubah kearah yang lebih baik..
Katakan ‘Aku Ingin Berubah kerana Allah’.....
Bagi yang belum berjinak dengan tudung...berusahalah..
Biarpun sukar..namun semua memerlukan usaha..
Jika semua benar kerana Allah,in shaa Allah akan dipermudahkan...
Bagi yang telah bertudung..cuba fahami erti bertudung yang sebenar..
Kerana bertudung bukan sekadar membalut kain dikepala tapi kita bertudung untuk menutup aurat kita...
Bagi yang benar2 faham mengapa perlu bertudung,Alhamdulillah..
Semoga kita istiqomah dalam berbuat kebaikan...
Ingatlah kalau dulu kita di tangga paling bawah..
Sekarang mulakan langkah untuk terus maju menuju tangga yang lebih baik...
Sekadar ini coretan hari ini..
Salam mujahadah dari saya buat semua..
Wassalam..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan