15 Feb 2013

Cerita Ayah......


Cerita ayah buat keluarganya


“Wahai anak-anakku”...
“Hari ini ayah nak cerita sesuatu”...
“Nak dengar tak?”
Anak-anak kecil hanya mengangguk kepala seolah-olah tidak sabar untuk mendengar cerita ayah....
Di sebuah sekolah ada seorang remaja bernama Ain...dia dari keluarga yang kaya raya. Suatu hari, ketika hendak pulang dari sekolah ,Pak Ali menelefon Ain....
“Siapa Pak Ali ayah?” Aisyah tiba2 bersuara...Ayah tersenyum..”Pak Cik Ali tu pemandu peribadi Ain ,” sambung ayah.
Pak Ali kata mungkin dia lambat sedikit sampai dan minta  Ain supaya menunggu dia di stesen bas sebentar..
Ain pun pergilah duduk di stesen bas...Dia tak henti2 melihat jam di tangan.
 “Lambat betul Pak Ali nie, dah lah perut aku lapar...makan pun belum lagi...” rungut Ain
Tiba2 budak kecil yang duduk ditepi stesen bas bersuara..
“Assalamualaikum kak. Siapa nama kakak? “
Ain hanya diam sahaja tanpa menghiraukan budak itu..
Kemudian budak kecil itu menghampiri Ain. “Nie saya ada roti..Nah kakak makanlah” ,sambil menghulurkan roti  kepada Ain..
“Mesti Ain makan roti tu kan ayah? Dia kan lapar”  Aiman pula menyampuk sambil ketawa.
Ayah hanya diam...”Kamu rasa Aisyah, Ain makan tak roti tu? “ ayah bersuara kembali.
Aisyah hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu.
“Mestilah makan ayah”, kata Aidil pula...
Ayah terus tersenyum melihat anak2nya yang khusyuk sangat mendegar cerita.
Kemudian ayah menyambung kembali ceritanya...
“Boleh tak kau diam budak...kau makan je lah lah..aku ada banyak lagi makanan di rumah”,balas Ain kepada budak itu.
Budak kecil itu pun kembali ke tempat duduknya dengan wajah yang sedih..
Pak Ali masih belum sampai..tiba2 datang pula seorang lelaki tua duduk bersebelahan Ain..
“ Cu tunggu siapa?, tanya lelaki tua itu.
“Tunggu orang ambil”, balas Ain ringkas.
Suasana diam seketika.Ain seolah-olah merasa tidak selesa dengan kehadiran lelaki tua itu.
Tiba2 lelaki tua itu bersuara kembali...
“Lihat anak kecil itu”, sambil menunjuk jari kearah budak kecil yang duduk di tepi stesen bas itu.
“ Hari ini dia dapat makan roti,tapi esok dan seterusnya belum tentu dia ada makanan untuk dimakan.Hidupnya hanya merempat tanpa ada tempat untuk berteduh. Tetapi dia masih boleh tersenyum seperti dia redha dengan ketentuan tuhan....Namun kita yang dilimpah dengan pelbagai nikmat....hanya tahu merungut disaat kita di uji dengan sedikit perkara sedangan kesenangan sudah puas kita rasai...Langsung tiada ucapan syukur dibibir kita sedangan terlalu banyak kita merasa kenikmatan daripada kepayahan..” sambung lelaki tua itu.
Ain terkedu seketika seolah-olah faham apa yang lelaki tua itu sampaikan..
“ Astagfirullah”, detik hati kecil Ain
Pon2...hon kereta Gen2 berbunyi..tanda Pak Ali sudah sampai..
Ain terus bingkas bangun tanpa berkata apa2 kepada lelaki tua itu..kemudian sebelum berlalu Ain sempat menghulurkan tangan kepada budak kecil itu lalu berkata , “Nama kakak Ain”
“ Saya Hakim” balas budak kecil itu sambil tersenyum.
Ain pun masuk ke dalam kereta dengan wajah yang gembira..namun sekilas kereta berjalan  , Ain sempat menoleh kebelakang. Disaat dia menoleh , tiada sesiapa pun  yang berada di stesen bas itu....
“Selesai”, kata ayah tanda berakhirnya cerita itu....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan